Gaji Habis Cepat? Cubalah 3 Tips Pengurusan Kewangan Ini!
Harga barang di Malaysia makin naik. Akibatnya, menjimat duit juga menjadi makin sukar. Jika anda ingin mencapai kestabilan kewangan, ia perlu diurus dengan baik sekarang. Jom kita lihat 3 tips pengurusan kewangan yang efektif ini.
Menjejaki Perbelanjaan Anda
Antara perjuangan menyimpan wang timbul apabila anda tidak tahu berapa banyak duit yang anda belanjakan setiap bulan. Bajet bulanan atau mingguan sangat penting supaya memastikan matlamat kewangan anda utuh. Anda perlu menjejaki perbelanjaan anda dengan kerap supaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan. Pada masa kini, terdapat banyak apps dan templat Excel Sheets yang boleh membantu anda menguruskan perbelanjaan anda pada setiap masa.
Makan di Restoran atau Masak Sendiri?
Membeli makanan dari restoran kegemaran anda memang lebih senang. Tidak perlu bimbang cari masa untuk masak. Tetapi, adakah ia berbaloi untuk dibuat setiap hari?
Peminat kedai mamak dan economy rice mungkin berfikir bahawa hidangan makanan harga antara RM5 dan RM7 berbaloi. Mari kita bandingkan harga untuk masak hidangan kegemaran ramai, nasi goreng kampung, dengan beli di restoran. Ia berharga antara RM13 hingga RM15 untuk masak tiga hidangan nasi goreng kampung. Kalau beli tiga nasi goreng kampung di restoran, harga boleh naik ke RM21. Jadi, dengan menyediakan makanan di rumah, kita boleh peroleh lebih satu hidangan berbanding dengan jika makan di luar.
Gunakan Sistem 50/30/20
Ramai orang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi kerana mereka tidak tahu berapa banyak duit yang mereka perlu simpan. Ia memang sukar menentukan jumlah yang anda perlu simpan untuk mencapai kestabilan kewangan. Sistem yang popular yang digunakan adalah Bajet 50/30/20.
Teorinya ialah simpan 50% daripada pendapatan selepas cukai untuk perbelanjaan keperluan seperti sewa rumah, bil elektrik, makanan dan sebagainya. Seterusnya, 30% yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kemahuan seperti hiburan, membeli-belah dan juga percutian. Akhirnya, 20% anda boleh simpan untuk kecemasan dan simpanan anda.
Tetapi, teori ini tidak semestinya tetap, ia sahaja peraturan yang baik untuk diikuti. Jika anda tidak perlu berbelanja sangat banyak untuk barang kemahuan, anda boleh menjimatkan wang tersebut untuk masa depan juga.
Contohnya, gaji anda RM3000 sebulan. RM1500 boleh digunakan sebagai perbelanjaan keperluan, RM900 kemahuan, dan RM600 untuk simpanan.
Tiga tip tersebut sangat efektif untuk pastikan anda mengurus kewangan dengan baik. Tetapi, ada banyak lagi cara untuk menambah baik pengurusan kewangan anda. Dalam buku best-seller Forensik Kewangan, anda boleh dapat lebih tips yang efektif untuk mencapai semua matlamat kewangan anda.