7 Langkah Sebelum Memohon Pinjaman Untuk Perniagaan

Keinginan untuk membuka sebuah perniagaan sudah pasti sebuah impian untuk ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, langkah penting yang patut diterapkan ke dalam bakal-bakal ahli perniagaan ialah proses memohon pinjaman untuk perniagaan. Perniagaan yang stabil dan berjaya adalah perniagaan yang telah mendapat pembiayaan yang secukupnya. Untuk itu, jom kita ketahui 7 langkah anda perlu tahu sebelum memohon pinjaman untuk perniagaan idaman anda.

pinjaman untuk perniagaan
Seperti yang anda tahu, pembangunan usahawan bergantung pada skil dan bakat setiap individu

1. Ketahui Jumlah Pembiayaan

Satu kesilapan ramai ahli perniagaan di Malaysia lakukan adalah meletakkan jumlah pembiayaan yang terlalu tinggi justeru membawa perniagaan tersebut ke bankrupsi. Oleh itu, sebelum anda memohon pinjaman perniagaan, anda perlu menilai rancangan perniagaan anda dan menetapkan matlamat perniagaan anda. Antara “business goal” penting adalah seperti mencapai keuntungan dalam masa beberapa tahun. Selain itu, anda juga perlu menggunakan servis perunding perniagaan yang boleh membantu anda menetapkan hala tuju dan pembiayaan yang anda perlukan.

2. Masa Untuk Pinjaman Diluluskan

Jika anda seorang ahli perniagaan yang tidak mempunyai banyak masa, anda tidak dinasihatkan untuk memohon pinjaman perniagaan. Kenapa? Pinjaman untuk perniagaan boleh mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan dan diedarkan. Oleh itu, sebelum memohon pinjaman tersebut, anda perlu merancang bagaimana pinjaman tersebut boleh membantu perniagaan anda. Setelah perancangan itu selesai, baru anda perlu memohon dan setelah pinjaman itu diluluskan, barulah anda boleh mulakan rancangan perniagaan anda.

3. Jenis Pinjaman Yang Anda Perlukan

Dengan hanya taip “business loans in Malaysia”di Google, anda akan didedahkan ke pelbagai pilihan pinjaman untuk perniagaan yang anda boleh mohon. Pinjaman ini berbeza dari segi jenis pinjaman dan institusi perbankan. Walaupun terdapat pelbagai jenis pinjaman untuk perniagaan (Overdraft, Term Loan, Bridging Loan, Fixed Loan, Revolving Credit, Blanket Hire-Purchase, End-Financing dan Financial Guarantee), anda perlu menilai setiap pinjaman dan tentukan jenis pinjaman yang paling sesuai untuk perniagaan anda.

4. Business Plan

Mesti dah bosan kan asyik dengar tentang “business plan”ni kan? Tapi, percaya lah hampir 37% perniagaan di Malaysia gagal kerana tidak mempunyai rancangan perniagaan yang tepat dan realistik. Rancangan perniagaan anda bukan sahaja boleh membantu anda menetapkan jangkaan anda tetapi ia juga boleh membantu anda memahami situasi pasaran semasa. Analisis ini termasuk analisis pesaing, lokasi serta resepsi atas talian ke perniagaan seperti perniagaan anda.

5. Dokumen-Dokumen Yang Anda Perlukan

Ramai yang fikir, nak mohon pinjaman, mesti stres fikir tentang dokumen-dokumen penting. Memang banyak dokumen pun termasuk penyata kewangan, pulangan cukai, rujukan dan banyak lagi. Oleh itu, anda perlu pastikan semua butiran bersama perunding anda.

6. Pastikan Jumlah Cagaran

Bila terdengar perkataan “cagaran”, ramai rakyat Malaysia yang panik tetapi sebenarnya cagaran ini bergantung pada jumlah pinjaman anda. Oleh itu, anda perlu realistik ketika memohon pinjaman perniagaan anda. Cagaran ini hanya sebuah langkah keselamatan untuk anda dan institusi perbankan.

7. Hanya Pohon Setelah Selesai Formaliti

Rasa teruja mana pun, ingatlah bahawa proses permohonan pinjaman untuk perniagaan ini boleh mengambil masa yang lama dan memerlukan komitmen yang tinggi. Pastikan rancangan perniagaan dan dokumen-dokumen penting teratur sebelum proses permohonan.

Hah, dah ketahui langkah-langkah ini, jom start rancangan perniagaan anda untuk realisasikan perniagaan impian anda!

Add a Comment

Your email address will not be published.